Selamat Datang ke Pittagon.Com - Produk berasas Buah & Pokok Naga
 
Selamat Datang ke Pittagon.Com - Produk berasas Buah & Pokok Naga
MENU UTAMA



Klik ke laman web PUGM

 

PROFIL SYARIKAT : PESANAN PENGASAS

Bermula dari dasar kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai enjin pertumbuhan ekonomi ke-3 negara, maka dengan itu Persatuan Usahawan Graduan Malaysia (PUGM) telah menyahut cabaran tersebut dari tahun 2006, PUGM telah dianugerahkan tanah seluas 70 ekar oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Projek Pertanian Moden, Ayer Hitam, Kluang dan seterusnya PUGM telah membuat perancangan jangka panjang bagi mengusahakan tanah tersebut.

Tanah tersebut telah diusahakan dengan tanaman buah mata naga dan seramai 17 orang graduan telah dipilih untuk menjadi peserta. Pada tahun 2007 tanaman tersebut telah pun mengeluarkan hasil dari PUGM melalui Pittagon Sdn Bhd (syarikat di bawah bimbingan PUGM) telah ditubuhkan untuk tujuan penyelidikan dan kajian khusus untuk buah mata naga. Kejayaan Pittagon Sdn Bhd di dalam menghasilkan produk dari buah mata naga ini amat dibanggakan malah hasil kajian mendapati buah mata naga ini mempunyai khasiat yang tinggi. Khasiat buah mata naga boleh diperolehi dari buah, batang dan bunganya.

Satu strategi berkonsepkan perniagaan teras buah mata naga telah diwujudkan bagi mempastikan satu bentuk perniagaan komersil dengan matlamat melahirkan usahawan graduan. Dengan keazaman dari graduan-graduan muda ini saya percaya ia mampu menunjukkan haluan pasaran pada masa kini untuk menjadi rakan syarikat Pittagon Sdn Bhd.

Saya berterima kasih kepada semua warga PUGM, stokis dan penggemar teh buah mata naga yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan. Tanggungjawab ini dipikul dengan penuh ikhlas dan sebelum akhir tahun 2008, pelbagai produk dari buah mata naga ini akan dilancarkan.

Produk yang baik dan penuh dengan khasiat semulajadi adalah jaminan kami kepada anda. Secara ringkasnya "Khasiat Tiada Tandingan".

Selamat mengunjungi laman web Pittagon ini untuk maklumat lebih menarik dan peluang bisnes yang untuk anda pelopori.

 

Selamat Datang ke Pittagon.Com - Produk berasas Buah & Pokok Naga