|
Buah
naga merah sememangnya mempunyai banyak khasiat. Masih ramai rakyat
negara ini yang tidak tahu cara memakan buah ini kerana bentuknya
yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap
seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon
fruit).
Bagaimanapun, di sebalik rupanya yang ganjil, buah
naga berasal daripada keluarga 'cactacea' yang tergolong dalam spesies
kaktus dan semakin mendapat tempat di kalangan petani moden negara
ini, sebenarnya kaya dengan pelbagai khasiat.
Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada
masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati
di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah
yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.
Secara
amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium,
ferum, protein, serat sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan
berbanding buah-buahan lain yang diimport.Mengikut penyelidikan,
buah naga merah cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral
yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma
dalam badan manusia.
Satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian
terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut
wujud pada keseluruhan pokok.
Buah naga ini mempunyai kadar debunga yang tinggi
kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekaligus menyebabkan
lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara
penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.
Dahan
pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan
sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang
toksik dalam badan dan mencuci perut.
Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan
dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing.
Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan
berkenaan.
|